Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ramai Pandang Remeh, Memerhati Burung Sebenarnya Buat Otak Lebih Tajam!

ramai pandang remeh, memerhati burung sebenarnya buat otak lebih tajam!

Foto Hiasan

Advertisement

Siapa sangka aktiviti nampak ‘biasa-biasa’ seperti memerhati burung sebenarnya boleh memberi kesan luar biasa kepada otak manusia?

Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa birdwatching atau aktiviti memerhati burung berpotensi membentuk semula struktur otak serta membina ‘buffer’ atau pelindung terhadap proses penuaan. Ya, bukan sekadar hobi santai hujung minggu, ia boleh menjadi kunci kepada kesihatan otak jangka panjang!

Menurut penyelidik, aktiviti mengenal pasti spesies burung, membezakan warna, bunyi dan corak pergerakan memerlukan tahap fokus serta pemerhatian yang tinggi.

 Ini secara tidak langsung:

  • Mengaktifkan bahagian otak berkaitan memori dan visual
  • Merangsang daya tumpuan
  • Meningkatkan keupayaan pengecaman corak
  • Menguatkan sambungan saraf (neural connections)

Lebih menarik, individu yang aktif dalam aktiviti seperti ini menunjukkan rizab kognitif (cognitive reserve) yang lebih tinggi iaitu keupayaan otak untuk bertahan daripada kesan penuaan atau penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer.

Bukan itu sahaja, birdwatching biasanya dilakukan di kawasan hijau seperti taman, hutan atau tasik. Persekitaran semula jadi sendiri terbukti mampu mengurangkan stress, menurunkan tekanan darah, meningkatkan mood dan membantu Kesihatan mental secara keseluruhan.

Gabungan rangsangan mental dan ketenangan emosi inilah yang dipercayai menyumbang kepada kesan positif terhadap otak.

ramai pandang remeh, memerhati burung sebenarnya buat otak lebih tajam!

Foto Hiasan

Apa yang menjadikan birdwatching unik ialah ia tidak memerlukan kos tinggi atau tahap kecergasan ekstrem. Kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas boleh melakukannya.

Malah, bagi golongan berusia, aktiviti ini boleh menjadi senaman otak yang menyeronokkan tanpa tekanan. Ia membantu mengekalkan fungsi kognitif lebih lama sambil memberi peluang untuk bersosial dengan komuniti pencinta alam.

Kesimpulannya, mungkin sudah tiba masanya kita berhenti seketika daripada skrin telefon dan mula memerhati dunia di sekeliling. Siapa tahu, dengan hanya memerhati burung yang singgah di pokok berhampiran rumah, kita sebenarnya sedang membantu otak kekal muda dan cerdas lebih lama.

GEGAR Today's Best Music