Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Disengat Lebah, Dipatuk Kobra… Tetapi Masih Hidup? Kenali Honey Badger!

disengat lebah, dipatuk kobra… tetapi masih hidup? kenali honey badger!

Kalau ada satu haiwan yang layak digelar paling ‘tak makan saman’ dalam dunia liar, jawapannya cuma satu, Honey Badger.

Advertisement

Nama saintifiknya Mellivora Capensis, namun reputasinya jauh lebih besar daripada saiz tubuhnya. Walaupun hanya sebesar anjing sederhana, honey badger terkenal sebagai antara haiwan paling berani dan agresif di Afrika.

Honey badger dikenali kerana sifatnya yang langsung tidak gentar. Ia mampu berdepan pemangsa lebih besar seperti singa dan harimau bintang. Kulitnya yang tebal dan longgar menyukarkan musuh untuk mencengkam dengan kuat, memberi kelebihan untuk berpusing dan melawan semula.

disengat lebah, dipatuk kobra… tetapi masih hidup? kenali honey badger!

Foto Hiasan

Pendek kata, kalau cari pasal dengan honey badger, memang dia  hadapi tanpa berundur sedikitpun. Antara fakta paling mengejutkan honey badger mampu bertahan daripada bisa ular berbisa seperti kobra. Walaupun mungkin lumpuh atau ‘pengsan’ seketika akibat racun, ia sering dilaporkan akan bangun semula selepas beberapa jam dan meneruskan aktiviti seperti biasa.

Sebab itu ia sering digelar sebagai salah satu haiwan paling ‘keras’ di muka bumi.

disengat lebah, dipatuk kobra… tetapi masih hidup? kenali honey badger!

Seperti namanya, honey badger memang obses dengan madu. Ia sanggup merosakkan sarang lebah dan menahan sengatan semata-mata untuk mendapatkan madu dan larva di dalamnya. Sengatan lebah? Bukan hal besar bagi haiwan ini.

Bagi honey badger, matlamat tetap matlamat.

Gabungan sifat agresif, ketahanan luar biasa dan mentaliti ‘tak peduli apa orang kata’ menjadikan honey badger ikon keberanian dalam dunia haiwan. Malah, ia pernah tersenarai dalam Guinness World Records sebagai haiwan paling berani.

Kecil tubuhnya, tetapi reputasinya menggerunkan.

Honey badger mungkin bukan raja rimba, tetapi satu perkara pasti, dalam bab keberanian, dia memang legenda.

GEGAR Today's Best Music