Skip to main content

Kenapa Banyak Rumah Lama Warna Hijau? Ini Sejarah Di Sebalik Gelaran ‘Hijau Miskin’

Pernah tak anda perasan, bila balik kampung atau masuk kawasan perumahan kos rendah, banyak rumah dicat dengan satu jenis warna hijau yang hampir sama? Hijau yang nampak pudar, kusam, kadang-kadang kekuningan bila dimamah panas dan hujan.

Warna itu popular dipanggil orang sebagai ‘hijau miskin’.
Bukan sebab hijau itu memang ditakdirkan untuk golongan kurang berada, tapi sejarahnya memang bermula daripada faktor ekonomi semata-mata.

Zaman dulu, terutama di kampung dan kawasan tinggalan kolonial, pigmen cat hijau dihasilkan daripada bahan kimia berkualiti rendah. Kosnya murah, mudah didapati dan sesuai untuk projek bajet kecil.

Masalahnya, cat jenis ini cepat rosak. Kena panas terik sikit, terus pudar. Kena hujan bertahun-tahun, tona bertukar jadi kusam dan berdebu. Daripada situ imej hijau buruk mula terbentuk.

Secara psikologi, otak manusia bekerja melalui pattern recognition. Bila kita berulang kali nampak satu warna pada persekitaran yang daif seperti rumah uzur, dinding retak, dan bangunan lama, minda mula mengaitkan warna itu dengan kemiskinan, keterbelakangan dan kurang penjagaan.

Padahal, yang bermasalah bukan warna, tetapi kualiti bahan dan konteks penggunaannya.

Ironinya, hijau bukan warna marhaen semata-mata.

GEGAR Today's Best Music